// Strawberry Cupcake


Hey peeps! Im Nurul Ainbalqis Binti Sarpin and I 11 Years young :) Please be nice when you stalking here , Most pleasure for you :)



► My Biography
► My Stuff
► My Friends
► My Diary






Template & Skin by : Husnaa.
Big help from : Wani | WHI | C4U | Una


Older Post | Newer Post
hanya dikau
Saturday, 4 February 2012 | 00:53 | 0 Sweet Cupcake
Hanya Dikau

Bab 3



Haykal termenung keseorangan di jendela biliknya. ‘Terbayang senyumannya, tingkah lakunya yang comel. Sering membuat aku tak keruan. Inikah cinta sejati yang aku cari selama ini. Tapi perit cinta Zulaikha masih terpahat di hati aku. Mana mungkin aku dapat melupakan apa yang telah Zulaikha lakukan pada aku. Menduakan cinta aku yang ikhlas. Tapi aku tahu, Opie bukan macam itu. Hati aku semakin dekat bersama Opie. Aku  bimbang untuk menyatakan perasaanku padanya. Aku takut Opie akan menolak dan aku sendiri yang akan kecewa. Argghh!!’ Haykal seperti meluahkan segala perasaannya pada bulan dan bintang yang kelihatan. Kedengaran seperti ada yang berdiri di muka pintu. Haykal menoleh dan terkejut melihat kehadiran ibunya. Apakah ibu dengar apa yang aku katakan tadi? Haykal berfikir sendirian. Puan maznah tersenyum melihat keadaan putera kesayangannya. ‘Kenapa dengan manja ummi ni? Kal masih ingat pada Zulaikha ke? Cuba cerita pada ummi. Apa masalah Kal?’ Puan maznah memujuk Haykal. ‘Taklah ummi. Kal tak ada apa-apa. Kal okay lah ummi. Ummi jangan risau ye.’ Haykal meredakan kerisauan umminya. Haykal tahu, andai kata umminya tahu tentang Opie, pasti umminya akan berterus terang dengan Opie tentang perasaan cintanya. Seboleh-bolehnya Haykal cuba menyembunyikan perasaan itu pada umminya. ‘Betul Kal tak ada apa-apa ni? Kalau tak ada apa-apa baguslah. Jom turun, kita makan malam, walik dah tunggu tu.’ Puan maznah mendesak Haykal turun. Puan maznah tahu apa yang putera kesayangannya sedang fikir. Semestinya tentang Alyssa Soffiyya.


‘Haykal!Haykal!’ Kedengaran seperti ada yang memanggil Haykal. Haykal menoleh dan .... Zulaikha!! Zulaikha tersenyum saat melihat gerakan bibir Haykal seperti menyebut namanya. ‘Haykal, Ika nak minta maaf. Ika tahu Ika banyak buat salah pada Haykal, tapi Haykal berilah Ika peluang yang kedua.’ Zulaikha sebenarnya mempunyai niat buruk. Dia tidak mahu Haykal jatuh ke tangan Alyssa Soffiyya. ‘Kenapa kau nak minta maaf pula? Apa kau kata tadi, kau nak peluang kedua? Maaflah Ika, aku da muak dengar maaf kau tu. Tak salah aku kan, dah hampir sejuta kali perkataan maaf tu keluar dari mulut kau. Sudahlah Ika, aku tahu agenda kau.’ Haykal berlalu meninggalkan Zulaikha yang dalam keadaan terpinga-pinga. Haykal tahu apa yang Zulaikha cuba untuk lakukan. Zulaikha tergamam mendengar hujahan panas yang baru Haykal katakan sebentar tadi. Begitu membara hati Zulaikha mendengarnya. ‘Kurang ajar kau Haykal! Kau tengok lah nanti apa aku akan buat! Tunggu je Haykal. Aku akan balas apa yang kau dah buat pada aku tadi. Tunggu dan lihat Haykal. Aku takkan lepaskan kau pada perempuan jalang tu!’ Zulaikha melepaskan kemarahannya seorang diri. Tapi yang pastinya Zulaikha tetap akan membalas dendam pada Opie yang cuba merampas Haykal dari dia.


‘Assalammualaikum sayangku Alyssa Soffiyya. He He He’ Hampir terkeluar mata Opie mendengar Haykal memanggilnya dengan panggilan sebegitu. ‘Waalaikumsalam monyetku Haykal Rafael. Ha Ha Ha!’ Semakin galak Opie mengenakan Haykal. ‘Apa kau ni Opie! Suka sangat kan kenakan aku. Cuba lah jawab, Waalaikumsalam prince charming ku. Haa, kan sesuai tu. He He He.’ Haykal cuba untuk mengawal gementar di hati saat berhadapan dengan cinta hatinya. ‘Eleh, tak payah nak prince charming sangat lah kan Kal. Muka kau ada macam prince charming ke? Macam cemong ada lah. Ha Ha Ha!’ Opie sering menyakat Haykal kerana bagi Opie, Haykal sangat comel bila mukanya berubah menjadi merah. Dan itu lah yang membuatkan Opie semakin berada dekat di hati Haykal. ‘Opie...’ Haykal memanggil manja. ‘Yup!’ Opie menjawab dengan hati yang berdebar. Apa lagi lah yang si Haykal ni nak tanya. Opie berbicara sendiri di dalam hati. ‘Apa kau akan buat kalau orang yang kau suka ada depan mata kau?’ Opie mula mengesyaki soalan yang ditujukan Haykal tapi Opie cuba menyembunyikan. ‘Kalau aku kan, aku akan tatap mata dia sepuas hati aku. Lihat senyuman dia manis ke tak. Yang penting, gigi die mesti complete! Ha Ha Ha!’ Opie ketawa berdekah-dekah sehinggakan dia tidak sedar bahawa Haykal sedang melihat tawanya, wajahnya, keayuannya. Ya Allah! Kenapa hati aku berdebar saat melihat wajahnya? Ingin sahaja aku memeluk dan membelainya dengan penuh kasih sayang, tapi aku tak boleh. Ya Allah! Tolong lah hambaMu ini. ‘Haykal!’ Opie mematikan lamunan Haykal. ‘Kau kenapa? Ohh, sorry sebab aku ketawa tak ingat kau kat sebelah. He He He’ Opie tersengih seperti kerang busuk tapi hatinya semakin ingin memberi cintanya pada Haykal. Ingin di belai. ‘Opie.. Aku rasa kan aku dah jumpa insan yang betul-betul sayangkan aku’ Hati Opie berkecai mendengar kata-kata Haykal sebentar tadi. Dia rasakan ada air hangat yang ingin membasahi pipinya, tapi lantas dia mengesat. ‘Yeke Haykal? Untung kau kan.’ Seboleh-bolehnya Opie menyembunyikan kekecewaannya. ‘Kal, aku balik dulu lah, takut Siti bising pula aku balik lewat ni. Bye.’ Opie tidak mahu Haykal menyedari apa yang sedang dia rasa. ‘Eh! Opie! Opie! Tunggu kejap!’ Opie berlalu terlalu cepat. Haykal seakan dapat menyedari perubahan Opie. ‘Kenapa dengan Opie ni? Selalu buat aku risau. Hmm’ Tanpa berlengah, Haykal pun pulang dengan hati yang penuh dengan kerisauan di hati.


Opie mengurung dirinya didalam bilik. Nasibnya baik kerana Siti tiada di rumah. Jadi,tak lah dia disoal jawab nanti. ‘Kenapa aku menangis?!!! Arrgghh! Kenapa??!! Kenapa hati aku sakit sangat bila dia cakap macam tu?! Ya Allah! Tolong hambaMu ini. Kenapa aku rasa sakit sebegini. Kenapa Kau menguji hambaMu ini? Aku tak kuat Ya Allah! Apa sebenar yang aku rasakan ni? Adakah aku sudah jatuh cinta dengan Haykal?!’ Opie melepaskan segala kesakitan didalam hatinya.